30/06/2013

perhubungan

dalam setiap perhubungan ada turun naiknya.
kadang-kadang kita berasa gembira.
kadang-kadang kita berasa sedih.
itu merupakan satu perkara yang normal.

sebagai seorang manusia yang tidak mempunyai mana-mana hubungan dengan mana-mana manusia.
mungkin tidak akan faham dengan masalah yang dilanda oleh mereka yang mempunyai pasangan.

bagi aku, apa yang kita perlukan dalam suatu perhubungan adalah percaya antara satu sama lain dan dengar apa yang ingin diperkatakan oleh pasangan anda.
kadang-kadang kita susah dan menganggap mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh pasangan anda merupakan satu perkara yang remeh.
kebanyakan dari kita hanya banyak bercakap berbanding mendengar.

kadang-kadang tanpa kita sedar kita banyak menyalahkan orang disekeliling kita berbanding kita menyalahkan diri sendiri.
sesungguhnya kita perlu muhasabah diri dan sentiasa mencuba menjadi manusia yang lebih baik.
kadang-kadang mulakan sesuatu perkara yang kecil mampu membawa impak yang besar.

sebagai seorang manusia, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan kita hendaklah sentiasa beringat bahawa anasir-anasir negatif diluar sana sentiasa menggoda kita ke arah kejahatan.
kuatkan iman anda dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah.
tetapkan diri kita, Insyaallah kita akan diberkati.


28/06/2013

redang oh redang


sneak peak sebahagian daripada gamabar yang kitaorang sempat shoot sementara tunggu feri sampai

27/06/2013

done with second year



such a long ride nak menghabiskan tahun dua yang agak macam hell. 
semester ni lah yang gua rasa gua paling kurang sekali berjimba dek kerana nak saving duit nak pergi redang. walaupun hidup bagai ribut nak menghadap final yang agak membunuhku dari dalam dengan nak melawan nafsu nak pergi bercuti yang membuak-buak membuat gua tidak mampu fokus nak mengadap final. 
apa-apa pun perkara yang lepas jangan diungkit lagi dan mari move on dan berdoa apa yang terbaik.


peace

26/05/2013

ALPA

manusia kadang-kadang terlalu cepat alpa dengan keseronokan dunia. 
apabila kita berada dalam keadaan susah, kita baru memohon kepada-Nya. 
apabila kita berada dalam keadaan senang kita terus alpa siapa yang memberikan kita nikmat kesenangan itu.
wahai manusia kembalilah kamu ke pangkal jalan sebelum terlambat.
ingatlah bahawa hidup ini kadang-kadang kita berada di atas dan kadang-kadang kita berada dibawah.



#peringatan buat diri sendiri juga


peace



10/05/2013

suka

apa itu suka? bagi mak, suka boleh dibahagikan kepada 2. maksud yang pertama, suka boleh didefinasikan sebagai kita berminat kepada seseorang dan maksud yang kedua apabila kita melakukan sesuatu perkara kita berasa seronok untuk mengerjakannya.

dan perkara yang kita nak bincang pada hari ini adalah mengenai suka pada seseorang. semua orang pernah suka pada manusia yang lain. dan itu merupakan satu perkara yang normal. dan kadang-kadang kita sanggup google pasal dia dan stalk habis, dari fb hinggalah myscape. dan kebanyakan dari kita akan mengakhiri perasaan suka kita pada seseorang itu dengan perasaan kecewa. ya, aku banyak kali kecewa dengan perasaan ini. dan aku sangatlah faham perasaan kecewa tu macamana.

tidak semestinya jika kita berasa kecewa dengan sesuatu benda, terutama sesekali apabila melibatkan perasaan, kita harus berasa berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara. life to short untuk kita mengorbankan perasaan kita pada seseorang yang tidak pasti dengan kita. jadi, kita gunakanlah masa yang ada untuk kita menikmati hidup yang indah. masih ada ramai lagi orang yang berada disekeliling kita yang mampu membuat kita berasa germbira.




peace.

23/02/2013

FOREVER PAHANG

greetings people. apa khabar anak-anak sekalian. sesungguhnya mak baik-baik sahaja.

baru-baru ni, mak baru sahaja menyaksikan perlawanan diantara Pahang dan Kelantan di Stadium Darul Makmur dan perasaannya tak usah dikata, sangatlah excited. walaupun terpaksa berdiri sepanjang game tu berjalan, tapi ia tak mematahkan semangat kiteorang nak menyokong pasukan Pahang.

suasana kat dalam stadium tu tak usahlah cakap, gamat yang teramat, dengan lagu semangat untuk Pahang yang aku sendiri tak pernah dengar dan mungkin lagu tersebut akan di Google sebentar lagi, dengan kena terpaksa beratur panjangnya, dengan crowded nya, dengan terpaksa berdiri dengan sesiapa entah, dengan tak pasal Anis dapat abang angkat barulah dan dengan pelbagai dengan denganlah. serius ia merupakan satu pengalaman yang baru untuk kami dan it is seriously superb osemmm. nampak tak betapa osemmnya.

sesungguhnya, ramai sungguh lelaki hensem kat sana. dengan nampak Kepala ( bukan nama sebenar) kat tempat nak bayar parkingnya, rambang mata makk dan kawan-kawan mak. haaa, nampak tak kegatalannya disana. dan seperti biasalah aktiviti melambai lelaki ditepi jalanan dimulakan. mungkin bagi sesetengah orang akan menyangka betapa 'desprete'nya kiteorang tapi bagi kami, ia merupakan salah satu kami berhibur. lantaklah apa orang nak cakap asal kami germbira.




nampak tak muka kiteorang yang semangat nak sokong Pahang yang sanggup beli jersi kat luar stadium walaupun harga maha nak mampus.


#ForeverPahang


peace.

20/01/2013

habit

habit merupakan suatu perkara yang kita sudah terbiasa melakukannya. semua orang mempunyai habit yang tersendiri dan kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang kita ada habit.

okay, final sudah selamat terkubur pada minggu lepas. dan habit aku tidur lambat tak dapat diubah dengan sesuka hati. dan ayah menjadi pelik kenapa aku suka tidur lewat. apa kan daya ayah, otak kita dah terbiasa tidur lambat. hehehe. nanti kita try belajar tidur awal.

apa-apa pun ni je motif aku post benda alah ni.


peace.