dalam setiap perhubungan ada turun naiknya.
kadang-kadang kita berasa gembira.
kadang-kadang kita berasa sedih.
itu merupakan satu perkara yang normal.
sebagai seorang manusia yang tidak mempunyai mana-mana hubungan dengan mana-mana manusia.
mungkin tidak akan faham dengan masalah yang dilanda oleh mereka yang mempunyai pasangan.
bagi aku, apa yang kita perlukan dalam suatu perhubungan adalah percaya antara satu sama lain dan dengar apa yang ingin diperkatakan oleh pasangan anda.
kadang-kadang kita susah dan menganggap mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh pasangan anda merupakan satu perkara yang remeh.
kebanyakan dari kita hanya banyak bercakap berbanding mendengar.
kadang-kadang tanpa kita sedar kita banyak menyalahkan orang disekeliling kita berbanding kita menyalahkan diri sendiri.
sesungguhnya kita perlu muhasabah diri dan sentiasa mencuba menjadi manusia yang lebih baik.
kadang-kadang mulakan sesuatu perkara yang kecil mampu membawa impak yang besar.
sebagai seorang manusia, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan kita hendaklah sentiasa beringat bahawa anasir-anasir negatif diluar sana sentiasa menggoda kita ke arah kejahatan.
kuatkan iman anda dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah.
tetapkan diri kita, Insyaallah kita akan diberkati.
No comments:
Post a Comment