29/01/2012

kurus

well . hello people . 
it's me , again kakak gigi jarangs . 
ahaks . ahaks . 


seperti yang termaktub di tittle post aku kali ini , aku mahu membincangkan tentang kurus .
*alamak minah ini , tiba-tiba pula berbahasa baku apa fasal pula . 

merujuk kamus dewan kerajaan gigi-gigi sedunia , kurus bermaksud mempunyai susuk tubuh badan yang keding , tidak mempunyai selulit , berpaha kecil , berperut leper , tidak mempunyai 'aset' semasa yang tinggi  . hehe . yang ni makk gurau saja , dan yang paling penting apabila berjalan , manusia golongan tersebut berkelihatan seperti hendak terbang ketika angin kencang dan perkara yang sama waktu dengannya . 

tujuan utama aku post bende alah ini adalah kerana ramai orang mengatakan aku sedikit berisi dari sebelum ini dan aku mengakui tentang perkara tersebut . seperti anda tidak maklum , aku sedang dalam proses menguruskan badan . 

oh yeahh . makk ingin kurus seperti dahulu . haha . usaha tangga kejayaan okay . doakan aku berjaya untuk menurunkan berat badan sebanyak 7 kilo . yess . ia merupakan satu jumlah berat yang banyak untuk aku berusaha mencapainya .

jika kita tanya wanita yang berada di luar sana , pastinya mereka mahukan tubuh badan yang cun  dan sama waktu dengannya . ada juga yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk kembali kurus . 

bagi pendapat aku , kalau kita nak kurus , kita hendaklah pastikan bahawa kita mengambil makanan yang seimbang seperti yang termaktub di dalam piramid makanan dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30 minit . dimana aku sedang berusaha dengan gigih untuk mematuhi semua perkara di atas.

disini aku ingin menyentuh sedikit situasi panas yang menyebabkan aku berazam untuk kurus . 

ibu : cuba tengok dia punyer pinggang . takde shape langsung . lemak saje .
anak : alah ibu , biasalah , orang kaya dan senang hati , haruslah makan banyak .
ibu : alah . aku dulu masa umur aku 24 tahun dulu , berat aku baru 56 kilo . kau, tak sampai 20 dah 60 kilo .
anak : rileks la ibu . cuti sebulan ni kurus la derr . bende boleh settle . ibu dulu zaman kemiskinan ,
          mana boleh makan banyak-banyak . lagi pun ibu kan pendek dari kita . wajiblah macam tu ,

hati anak itu pun berdetik , chesscake . tengoklah nati , aku kurus nanti ,aku pakai kebaya nanti . jangan jeles nanti . okay .

bagi aku , kalau kurus sangat pun , tak cun jugak . nanti macam zombi pulak . kurus dan pucat je . tak cun lah kalau macam tu . 

menurut kamus dewan kerajaan aku , kurus didefinasikan sebagai manusia yang mempunyai tubuh badan yang sesuai dengan ketinggian masing-masing . oh yeahh . 

aku rasa setakat ini sajalah hasil karutan aku tentang kurus yang tidak berapa nak awesome ni .

peace yo .

bubuye



 

No comments:

Post a Comment