02/04/2012

FUN FROM HELL !

hikayat cerita ini bermula apabila apabila host kite, asfidatul azni membuat rancangan untuk mengadakan perjumpaan dengan ahli HELL yang lain . dan tarikh yang ditetapkan adalah pada 31hb march 2012 .seramai 14 ahli telah mendaftarkan diri untuk datang .

cerita ini bermula apabila izzat , bong , irsyad dan aku bertolak dari kuantan pada pukul 830 pagi . bella dilaporkan tidak dapat datang kerana mengalami sedikit masalah dengan kesihatan kerana menghadapi minggu yang macam hell .

kami dilaporkan selamat sampai ke Melaka pada pukul 245 petang . sungguh lama jah duduk dalam bas . rasa macam sudah kebas punggung beta . selepas hampir 7jam meniki bas yang macam lembap , akhirnya sampai juga di Melaka Central .nama je Cepat Express  tapi lembap nak mampos . kami menantikan kedatangan ahli yang lain untuk menjemput kami dan menikmati hidangan tengah hari di kedai mamak di MC. masing-masing buat muka excited bila dah lama tak jumpa . dan soalan favourite aku pada manusia yang dah lama aku tak jumpa adalah  ' kau rindu aku tak ? ' . hehe .

pihak lelaki mencadangkan untuk mengadakan aktiviti BBQ selepas maghrib . ALHAMDULILLAH . dapat lebih sikit berkat . sementara menanti maghrib , kami , pihak perempuan terdiri dari


host kita , monster fy


akak gorges kita , zana zainuri


akak cool kita , mayaminah


and me , beautiful lijah .


memutuskan untuk ke DP untuk mencari baju yang sama untuk dipakai pada waktu malam . dan kami memutuskan untuk memilih yang ini .



awesome kan baju kami .


aktiviti BBQ dimulakan pada pukul 10 malam kerana menanti maharaja-maharaja kita yang bersiap macam perempuan . marah mak . siap sempat rembat nasi goreng cili padi dulu sementera tunggu diaorang sampai .

semetara menunggu makanan siap dibakar , khalil menawarkan satu permintaan yang mampu membuatkan seseorang berasa untuk bunuh diri , iaitu siapa yang nak menemankan dia berjalan-jalan tepi pantai .dimana masa tu dia tak pakai baju . kalau kena tangkap basah time tu , serius aku cakap aku sanggup terjun pantai masa tu , barangkali . sumpah , itu adalah lawak yang paling kelakar aku pernah dengar hari ini dan masa tu , semua orang yang dengar dia menawarkan tawaran tersebut , gelak besar rasa macam nak guling atas pantai .

dan ini adalah krew yang bersemangat membakar ayam .


muka excited masing-masing masa bakar ayam .


muka kebulur menanti ayam masak , lagi-lagi muka irsyad . 


itu dia abang khalil kita yang seksi meyemak sekali . masak tak nak . bergambar nak . 


sementara ayam masak , kami yang lain memulakan aktiviti ber'posing' sampai tak hingat dunia . apa nak jadi dengan budak zaman sekarang ni . pergi tolong bakar ayam tak nak . hehe . cakap orang lebih . kau pon same je jahh . 


akak hawt kita . 


muka soya yang bajet baby face . hehe 


izat , naza dan abah kita . senyuman darlie everybody .  


bergambar bersama abang-abang kite yang kurus lagi handsome .  


and this is my sayang and me . haha . so sweet . 


and this is baju seragam yang baru je kite beli dekat DP . teros pakai malam tu . hehe


setelah hampir 2 jam membakar ayam sebanyak ayam dang sausage , aktiviti seterusnya dimulakan , iaitu akitiviti makan sampai kenyang dan ber'mingle' di tepi pantai puteri samapi tak ingat dunia . ingatkan pantai tu kitaorang yang punya . 


khalil yang excited bila jumpa makanan . terus tak ingat kawan . hanya ingat akan ayamnya sahaja . 


setelah penat makan sampai rasa nak termuntah , aktiviti seterusnya adalah truth or dare . aktiviti yang sangat digeruni oleh ramai manusia yang banyak rahsia . bhuahuahua . gelak macam setan . dan kebanyakan manusia yang kena hanya pilih untuk memberi tahu kebenaran kerana takut untuk menyahut cabaran dare , iaitu minum sos cili . dan manusia yang sanggup menyahut cabaran tersebut hanyalah furhan a.k.a jamal kite . sumpah aku cakap masa aku tengok dia minum bende alah tu aku rasa macam nak termuntah . 

dah habis berjimba dekat sana , kiteorang meneruskan agenda yang seterunya untuk lepak ke kolam panas gadek . nak dekat sejam jugaklah kami mencari tempat tu  even aku rasa budak melaka selalu lepak kat sana . tak guna punya instructor . 

sesudah je sampai kat sana , kami terus bayar dan masuk dan menukar baju . and for the first time aku mandi dekat kolam memakai tudung . jangan diceritakan azab aku mandi macam mana lah . sumpah aku rasa sangat sememeh . hehe . 

dalam pukul 530 pagi kiteorang bercadang untuk gerak dari sana dan memutuskan setakat ini sajalah perjumpaan kami pada musim ini . hal ini demikian kerana abang nabil kita terpaksa berangkat ke kuala lumpur dan terus shoot ke perak . mesti dia berasa sangat penat . what to do . 

pada pukul 12 lebih kitaorang bergerak ke rumah host kita untuk menjamu selera . dan lebih kurang pada pukul 2 lebih heros kita sampai . selepas selamat sampai dan berborak kini tibalah masanya untuk semua orang berangkat ke destinasi masing-masing , which is kini tibalah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada semua orang . 

sumpah aku cakap , masa aku nak hantar dieorang balik aku rasa macam nak nangis . sob sob . agak-agak bila lah next event yang akan diadakan . serius aku cakap , korang lah benda yang paling awesome pernah berlaku dalam hidup aku . agak sangat susah untuk aku jumpa dengan kawan yang boleh gelak sampai rasa nak bergolek , lagi-lagi bila dengar khalil gelak , berkongsi cerita semua benda tak kira lelaki atau perempuan .

hopefully lepas ni kita lepak kuantan pulak . nanti kita orang kuantan akan sediakan rancangan yang lebih awesome dan fabulous dari biasa . dengan harapan kali ini  bella dapat join sekali . 

pesanan ringkas dari aku kepada semua manusia yang terlibat dengan Jelajah Melaka ini , saya sayang anda semua no matter what , you all are the best thing happened in my life and i will miss you all . 

LOVE YOU ALL  <3

No comments:

Post a Comment