lucky . kenapa dengan lucky ? asal tiba-tiba dengan lucky ? apakah yang dimaksudkan dengan lucky ? dunia terasa seperti serabut secara tiba-tiba . mood berubah secara serta-merta . personaliti berubah serta merta .
kenapakah dengan lucky ? aku hanya ingin memanjatkan kesyukuran kerana aku berasa sangat bertuah kerana dilahirkan di dunia yang kaya ini , dalam keadaan yang sempurna , tanpa cacat cela , walaupun ada masalah sedikit dengan gigi . haha . mempunyai keluarga yang bahagia , mempunyai adik yang awesome dan parents yang memahami diri ini , mempunyai kawan yang ada ketika senang dan susah , berjimba sama-sama . sesungguhnya , aku berasa sangat bersyukur dan berasa sangat bertuah . aku tahu Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku .
mungkin , terkadang-kadang aku meluahkan kata-kata aku tanpa berfikir panjang , dimana mungkin aku telah melukai orang yang berada disekeliling aku tanpa ku sedari . disini , aku ingin memohon kemaafan kepada anda semua . saya hanya insan yang lemah , yang masih banyak lagi ilmu yang perlu ditimba .
untuk aku terus hidup membesar dengan jayanya seperti ini , amatlah sukar tanpa sokongan dan kata-kata semangat yang mampu membuatkan aku untuk terus hidup dan menjalankan semua rutin tanpa ada orang cukup kuat untuk membimbing aku .
terima kasih ibu kerana menjadi penasihat kita yang terbaik walaupun nasihat ibu lebih kepada bebelan yang membingitkan telinga dan kebiasaannya kita akan jawab balik , tapi you're the best ibu ever . you're the sweetest person I've ever met .
kepada ayah yang tersayang , terima kasih kerana mengaku rindu kat kita . haha . terharu kite . for me , ayah la orang yang menjadi tulang belakang kita untuk terus berjaya . love you bro .
dan kepada anda semua . terima kasih kerana menjadi adikku yang awesome yang tak pernah nak matured , yang selalu buat aku terasa nak gelak besar bile lepak bersama , yang selalu menjadi tempat aku untuk mengadu tanpa ada batasan . sungguh wa rindu saat-saat itu .
dan kepada puaka yang tercinta , terlalu banyak pengalaman , suka dan duka dan bejimba bersama-sama sampai tak ingat dunia . itu adalah pengalaman yang paling sweet yang pernah aku alami . untuk aku tukarkannya dengan wang ringgit adalah tidak mungkin . ya , anda adalah manusia yang puaka dalam hidup aku .
jika ditanya , adakah anda berasa sangat bertuah kerana lahir di dunia ini , jawapan unutk soalan itu adalah , ya . aku berasa sangat bertuah kerana dikelilingi oleh orang yang sayang akan aku dan aku sayang akan mereka semua .
bubuye .







No comments:
Post a Comment