07/04/2012

married 101

usia semakin meningkat , dan semua orang mempunyai pilihan sendiri untuk dijadikan sebagai teman hidup , which is termasuklah aku . aku tahu masih terlalu awal untuk merancang semua benda ini , tetapi semua manusia merancang masa depan mereka bukan . sungguh aku cakap , aku dah rancangkan pelbagai rancangan untuk masa depan aku .

aku rasa masa berlalu sungguh cepat , even jiran aku yang dulunya selalu main bola dengan aku dan jiran yang lain sudah selamat dihijab kabulkan . tahniah kak Fateha .

sungguh aku rasakan masa berlalu dengan pantas . aku rasa aku baru je habis main bola dengan budak laki dekat taman aku .  

sungguh aku tidak dapat bayangkan siapalah yang bakal menjadi bakal suami aku untuk 5-7 tahun akan datang dari sekarang . sungguh aku tidak dapat bayangkan diri aku untuk menjadi ibu . serius aku tak dapat bayangkan diri aku .  mesti kelakar giler nanti .

ya . aku sering mengatakan kepada kawan-kawan aku bahawa aku ingin kahwin . siapa yang tak nak kahwin bukan . tapi itu semua bukan urusan kita . biarlah hanya Dia yang menentukan segalanya . kita hanya mampu berdoa supaya kita ditemukan dengan jodoh yang baik . Amin .






bagi aku , biarlah aku dijodohkan dengan kawan baik aku sendiri . aku rasa mungkin 'kawan' aku ni dapat tenerima semua perangai baik, buruk, hodoh, tak senonoh, tak sopan aku masa kita kawan dulu, mungkin . at least , dia dapat terima perangai aku ni tak senonoh aku ni . siapalah kawan baik aku tu ye ? haha .

bagi aku , buat masa sekarang ini , adalah lebih baik aku tumpukan hidup aku dengan pelajaran dan mungkin aku akan stabilkan ekonomi keluarga aku dahulu sebelum aku berkahwin . seperti yang dikatakan oleh adik aku , "selagi aku takde rumah , kereta dangan super bike , insyaallah aku tak kan kahwin lagi" . serius aku cakap , wa salute lah lu bro .

berdasar pada pandangan aku , kebanyakan lelaki yang aku jumpa , mereka nak stabilkan ekonomi mereka dahulu sebelum mereka berkahwin . sungguh aku salute lelaki yang macam ni . mungkin mereka ni semua menjadi bakal suami yang berguna pada masa akan datang .






 dear future husband ,
I hope that you can stand besides me whenever happens in future . 
just so you know , I will always love you . 




lots of love ,
from your future wife .




 

No comments:

Post a Comment