11/07/2012

#

hello people . long time no see .
peace yo .

memandangkan sekarang adalah musim SUKMA dan keluarga jah memang bersemangat menyokong team Pahang terutama sekali basikal . oleh itu , jah berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa pada hari ini untuk bersama-sama turun padang untuk menyokong team Pahang dan usha mamat-mamat basikal yang hensem . hehe . okay , jah memang gatal .




so apa yang nak disampaikan kat sini adalah jah telah lepak bersama-sama kawan adik jah yang lelaki yang obses dengan basikal dan mempunyai semangat yang tinggi . mungkin semangat pemain Pahang tak sehebat budak ni . apa pun memang jah telah menayangkan muka jah dari pukul 11 lebih pagi sampai ke 1 lebih tengah hari dekat garisan penamat mendengar manusia-manusia yang obses dengan basikal bercerita tentang rider Pahang yang sesat semasa bertanding sedangkan dah menjadi tuan rumah . what a shame . malu saya jadi tuan rumah . mungkin tak ada rezeki kot . kot lah .




seperti yang kita tahu apabila ada sesuatu event , maka akan adalah gerai jualan yang akan jual pelbagai barang terutama sekali jersi basikal . nak dijadikan cerita , ayah jah datang untuk meramaikan lagi orang dekat garisan penamat dan untuk menyokong pasukan Pahang kot dan telah membeli beberapa baju basikal untuk dia dan adik jah . so memandangkan jah tidak berminat dalam bidang basikal , jah hanya mampu melihat dan  tengok diaorang memilih baju tersebut . dan apa yang jah perhatikan , sungguh senang untuk kita membeli sesuatu jika kita mempunyai wang . ya . memang tidak dinafikan dengan itu .

dari apa yang jah tengok masa adik jah memilih jersi basikal , jah dapat lihat bahawa kawan-kawan adik jah sebenarnya berkenan dengan jersi yang dijual dan jika berkemampuan , mereka mahu membeli jersi yang dijual . tapi , memandangkan kekangan wang , mereka hanya mampu memendamkan hasrat mereka untuk membeli jersi tersebut . kalaulah jah kaya , mungkin jah akan belanja diaorang jersi basikal tersebut .

dari apa yang jah dapat lihat dari situasi ini , jah rasa , jah perlu buat sesuatu dalam hidup ini . which is , jah akan cuba untuk menolong mana-mana manusia yang kurang bernasib baik . tak semua orang mempunyai pilihan untuk hidup senang dalam hidup diaorang , bukan . so ini adalah azam baru jah untuk memajukan ornag melayu dan orang disekeliling jah . akan ku cuba dari bawah .




so , wish me luck babeyh !

No comments:

Post a Comment