20/09/2012
semester baru
salam sejahtera keapda semua penduduk peribumi yang berada di luar sana . beta merasakan sungguh lama beta tidak mengeluarkan post-post yang baru kerana beta baru sahaja selesai berhibernasi .
seperti mana yang kita tahu baru sudah dua minggu kita telah memulakan sesi pembelajaran dimana terdapat ramai giler junior yang hensem tahap nak giler yang baru sahaja mendaftar dan yang patut beta usha . akan ku cari seorang anak ikan kalau beta rajin . muehehe . kepada junior-junior yang hensem yang berada diluar sana , minta maaf kerana anda telah dikacau pada hari pertama .
seperti biasalah , apabila sudah tibanya musim semesta yang baru , pelbagai azam yang ditanam dalam diri ini untuk dicapai diakhir semesta . dan seperti biasa , azam yang tidak akan berubah adalah beta mahu mencari seorang manusia yang boleh dijadiakan teman walaupun pada hakikatnya beta tidaklah secantik mana . haha . itu merupakan satu angan yang tidak akan dicapai oleh beta , kerana itu merukan satu perkara yang mustahil .
apa-apa pun tak kisahlah apa jenis azam yang beta cuba gapai , yang paling penting adalah mendapat pointer yang lebih baik dari semester yang lepas . amin . wish me luck babeyh .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment