18/01/2013
#cinta
greetings people.
kenapa kau jahh tibe-tibe nak cakap pasal cinta? kau dah jatuh cinta kah? mungkin kot. what the hell. benda tu kita tolak tepi dulu. buat masa sekarang ni biar kita fokus dengan study dan berjimba dengan kawan je. sesungguhnya lelaki mampu membuat kita jadi tidak keruan.
cerita ini bermula pada pukul 4 pagi pada hari Isnin yang lalu dimana secara tiba-tiba one of akak bilik aku bercerita pasal lelaki. it is quite suprise dimana masa tu aku tengah cuba fokus nak study Mekanik Bendalir. tapi memandangkan aku tengok dia agak pelik pada hari itu, aku hanya menadah telinga mendengar dia bercerita pasal ex-b dia pada zaman diploma dulu.
bagi pendapat aku, cerita dia agak sedih walaupun aku tengok dia selama ni happy dengan hidup dia tetapi hakikat sebenarnya hanya dia tahu perasaan yang dia tengah hadapi sekarang. memang tak mudah untuk seseorang me'move on'kan hidup selepas kita dah putus. aku tahu aku tak banyak pengalaman dalam bercinta ni, tapi aku tengok orang keliling aku bercinta macam mana. so aku hanya mampu beri sedikit sebanyak nasihat tentang hidup kat dia.
aku menanyakan pelbagai soalan kepada dia, dan dia pun berkata:
jah : kak camne akak boleh putus dengan dia?
akak : masa akak kerja sementara nak sambung study dia buat hal. cari perempuan lain. umur perempuan tu 4 tahun beza dengan kiteorang.
jah : serius? tua gila. cmane boleh kenal?
akak : dieorang kenal kat fb kot.
jah : ooo. cantik ke perempuan tu?
akak : cantiklah dari akaka. muka akak banyak jerawat. die tak.
jah : kak, cantik tu subjektif kak.
akak : memang ah. tapi dah takde rezeki dengan die nak buat camne kan.
jah : akak tak try cari lelaki lain ke?
akak : dah. tapi akak tak boleh nak terima laki lain. rasa macam dah serik dengan dieorang.
jah : ooo. akak try lah hidup cam kiteorang. berjimba selalu.
akak : kamu senanglah sebab kawan kamu semua single. akak rasa, buat masa sekarang ni kamu tak payah lah cari boyfriend. nanti kamu tak kan sama cam sekarang dah.
ha itu dia. cerita yang telah diringkaskan dari perbualan yang panjang tu.
yess bercinta tu memang nampak seronok pada mulanya. tapi lama-kelamaan cinta mampu buat kita rasa stress bagai. dan aku tak yakin diri aku sekuat akak yang mampu tersenyum walaupun pada hakikit sebenarnya dia makan hati.
sebenarnya cerita kisah hidup yang diceritakan oleh akak bilik aku memang sesuai dijagikan teladan. ia memberi aku banyak pengajaran. mungkin ada sebab kenapa Allah tak temukan aku dengan mana-mana lelaki, kerana Dia tahu aku tak cukup kuat nak menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
buat masa sekarang ni aku bahagia dengan apa yang aku ada, dan aku tak perlukan lelaki buat masa sekarang sebab aku tahu kawan-kawan aku sentiasa ada dengan aku walaupun susah dan senang.
peace.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment