19/02/2012

BE RESPONSIBLE

hello people .
hari jah nak citer sikit pada anda semua tentang ' How to Menjadi Responsible ' .
bukan mudah ye nokk , nak jadi seorang yang betul-betul bertanggungjawab terutama sekali lelaki . saya bukan gender bias ye .

pertama-pertama kalinye saya ingin menceritakan sedikit kisah pendek semasa cuti semester 1 yang lalu , di mana lokasinya di taman rekreasi .

ceritanya bermula aku berazam unutk kurus dalam masa sebulan ni . oleh disebabkan itu , aku rajinkan diri untuk pergi joging bersama ibu dan adik tersayang . memandangkan aku pergi pada hari cuti raya cina , maka pekerja yang menjaga kebersihan kawasan tersebut cuti , seperti pekerja kerajaan yang lain . so , aku pun memulakan aku punya aktiviti , dan bila aku kuar dari kereta dan aku berlari lebih kurang 1km , aku nampak kawasan taman rekreasi tersebut dipenuhi dengan sampah - sarap yang dibuang oleh sampah masyarakat . 1st , impression aku masa aku nampak sampah-sampah tersebut ' woahh , termerloh kene langgar dengan piranha ke ape ' . sumpah aku cakap woi , takde otak ke buang sampah merata-rata . kau bukan budak kecik lagi yang tak tahu macam mana rupa tong sampah tu . please respect the other people boleh tak . kau tahu tak sampah yang kau buang merata tu berbau . kau ingat kau anak menteri ke , ade orang tolong kutipkan sampah kau tu . memanglah ade makcik cleaner yang akan kutip sampah-sampah tu , tapi agak-agak la derr . kau buang sampah kau merata-rata ke kalau kat rumah kau . haruslah takkan .memang kau makan penampar free dari parents kau kan . so macam tu lah kite buat bila kita ada kat tempat awam . aku bukan nak kata aku ni pembersih sangat , tapi sebagai seorang manusia , kita patut berfikir dengan rasional , dimana kita perlu buang sampah-sampah yang kita nak buang . okay people . sudah faham cerita yang aku nak sampaikan . baguss .

berbalik kepada tajuk kita pada hari ini , ' How to Menjadi Responsible ' .

berikut adalah tips unutk menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab . ia merupakan perkara yang mudah saja .


  1. sentiasa berdisiplin .
  2. memahami bahawa tanggungjawab adalah sesuatu yang patut kita peroleh , bukan sesuatu yang anda     berhak .
  3. belajar untuk berhadapan denga masalah . apabila sesuatu yang buruk berlaku , benarkan ia menjadi sesuatu yang bermakna dalam hidup anda . 
  4. belajar unutk bertanggungjawab dengan semua perbuatan yang anda lakukan .
  5. membuat pilihan atau mengambil keputusan dan hidup dengan mereka ,diman ia dipanggil sebagai mengambil tanggungjawab untuk diri sendiri . 
  6. menilai kata-kata dan diri sendiri . 
  7. jangan pernah takut unutk melakukan kesilapan . jangan pernah ragu-ragu dengan tanggungjawab yang baru ,hanya kerana anda berasa takut . 
  8. belajar dari kesilapan yang lalu . 

berikut adalah tips-tips yang boleh kita jadikan sebagai pedoman hidup . diharapkan semua orang akan berubah ke arah yang lebih hangat dari biasa . untuk berubah, kita hanya perlukan keazaman yang tinggi dan sokongan yang kencang dari kaum kerabat famili dan sahabat handai . nobody perfect . tapi ia bukan penghalang kita untuk berubah .

baiklah people , sampai disini sahaja karangan makk pada hari ini . bubuye . 


No comments:

Post a Comment