assalamualaikum and hello everybody .
saya tahu anda semua rindu sama saya .
ahaks . ahaks .
ya . saya memang seorang yang suka perasan .
tajuk tazkirah kita pada hari ini ialah ' I WISH ' .
kenapakah saya memilih tajuk ini .
ini adalah kerana suka hati i lah nak tulis ape pun . yang u sibuk sangat ni kenapa .
tujuan utama aku menulis post ini adalah kerana aku rasa macam terlalu banyak yang aku hajatkan dan aku impikan , dan mungkin suku sahaja yang tercapai .
and the rest , akan ku cuba usahakan untuk kebahagiaan sejagat .
mungkin pada pandangan orang tidak berapa mengenali aku , mereka akan cakap kau patut bersyukur dengan apa yang kau ada sekarang ni .
ya , memang aku tak dapat nafikan bahawa kita seharusnya bersyukur dengan segala benda kurnian-Nya .
dan aku bersyukur dengan semua benda yang ada .
tetapi ini bukan masalah bersyukur atau tidak . ini adalah masalah impian aku yang satu sejak dari kurun aku kecil lagi iaitu untuk mempunyai bf atau mempunyai kawan lelaki yang FABULOUS . ada sesetengah mazhab menyatakan bahawa susah wei kalau kite rapat sangat dengan lelaki . takut nanti kite susah nak kawal hati kita weyy .kalau dengan lelaki ni , dieorang lain sikit . nanti kita juga yang susah .
ya , aku memang mengakui apabila kita mempunyai bf , tumpuan kita untuk fokus untuk belajar akan kurang sedikit dari dahulu . ini adalah kerana dulu hati kau yang satu hanya tertumpu unutk belajar , tetapi sekarang kau kene bahagikan hati kau kepada dua , iaitu fokus dalam pelajaran dan kekasih .
ramai juga yang menyatakan bahawa couple itu haram , couple itu boleh buat kau tidak keruan , couple boleh buat kau rasa macam mandi tak basah , makan tak kenyang , tidur tak lena and what so ever la .
bagi pendapat aku , weh , mengarut la pepatah macam tu . contohnya , kalau kau dah mandi , komfomlah kau basah , bukan kau mandi guna pasir . adoyai . tak faham betul aku .
kan aku dah mula mengarut . okay . berbalik kepada tajuk kita pada hari ini , aku berharap sangat pada suatu hari nanti akan ada seorang mamat yang awesome and perkara yang sama waktu dengannya , terutama sekali 'budak' tu kan . ya . saya tengah cakap tentang awak . kalaulah kau ajak aku lepak sama-sama ke , mengarut bersama-sama ke , menjadi kawan baik ke , studi sama-sama ke dan sebagainya ke .bagi aku ,kalau adalah seorang mamat macam tu kat sini , ia sudah cukup untuk aku dan dia hanya sekadar berkawan .
dan aku tahu perkara yang aku baru saja karutkan ni , adalah perkara yang sangat impossible untuk aku dapat dekat sini , tetapi aku sangat berharap aku dapat merasai nikmat hidup seperti itu biarlah sekali pun . mungkin orang akan cakap , wehh , kau obses sangat ke dengan lelaki dan jawapan yang akan aku bagikan kepada orang yang mungkin akan bertanya pada aku pada masa akan datang ialah , big fat NO ! tidak sama sekali okay .aku tak obses dengan lelaki , tapi aku mahu mencuba sesuatu yang baru . bukan senang mendapat kawan yang baik pada zaman sekarang ni .tapi ini tidak bermakna perempuan tak boleh jadi kawan baik kita .
ada orang menyatakan lelaki boleh menjadi kawan yang baik . tetapi bagi aku , susah untuk aku akui tentang statement tersebut .biasalah , manusiakan .takde yang perfect .
baik lah budak . aku rasa setakat ini sajalah hasil karutan aku . aku berharap pada suatu hari , impian aku menjadi kenyataan .terutama sekali impian yang baru aku karutkan .
i really do wish that i can meet you soon .
No comments:
Post a Comment