today i would like to summarize to all of you on what we doing yesterday.
hikayat cinta ini bermula apabila aku mengajak anis manest, timahtimot, ekin constant dan wani chan untuk keluar pada hujung minggu ini untuk menonton wayang kerana aku dapat merasakan jika aku tidak keluar pada hujung minggu, aku akan mendapat sawan khinzir.
ya. perkara yang baru sahaja saya sebutkan tadi mungkin akan berlaku kepada saya.
cerita ini bermula pada malam jumaat semasa perjumpaan ethnic.
aku menanyakan kepada abang trio kita sama ada diaorang keluar ke tidak pada minggu ini.
dan jawapan yang telah diberikan oleh mereka tidak memberikan kepastian.
usai sahaja perjumpaan tersebut aku telah menerima mesej abang jebb kita bahawa dia akan keluar dan dia telah meminta dari aku untuk mencarikan kereta.
semasa proses mencari dijalankan, terdapat beberapa konflik yang telah berlaku.
jahh malas lah nak cerita tentang itu, nati jadi panjang pula post ini.
SABTU, 11.30 A.M
ekin telah mengambil abang hensem kita dekat rumah diaorang dan aku telah menunggu mereka untuk mengambil aku dan manest di kafe.
sepanjang perjalanan ke bandar, kami telah borak panjang dan memutuskan untuk lepak di BERJAYA a.k.a MEGA.
sebaik sahaja kami sampai, kami memutuskan untuk makan dahulu kerana masing-masing sudah kebuluran dimana termasuklah aku.
usai sahaja aktiviti makan dan berborak dan bergelak samapi tak ingat dunia. ingat KFC tu puaka yang punya, kami pun memutuskan untuk sembahyang dahulu.
setelah selesai sahaja sembahyang hero kami telah mengajak kami untuk bermain bowling. hampir 1jam kami terpaksa menunggu nama jebb dipanggil. penat jahh berdiri tau.
nasib baik ada mamat hensem yang boleh kita usha.
kami telah dibahagikan kepada dua group. dimana group awesome terdiri dari zul hebat, anis manest dan mafia cantik.dan group fabulous terdiri dari najwa jebb, wani chan dan timah kudek.
dan pemenang dalam permainan ini adalah group fabuluos. benci jah.
masing-masing buat muka bajet awesome.*thanks anis kerana buat muka troll.
haha.
dan ini adalah group yang kalah. tiba-tiba rasa macam nak demam masa ni.
selesai kami bermain, aku dan gadis jelita yang lain merancang untuk berkaroeke sampai suara pecah dan pihak lelaki pergi popular untuk usha buku.
aktiviti seterusnya diteruskan dengan menjelajah ecm pula. dan aku telah merembat baju, manakala tim berjaya merembat t-shirt.
sudah penat buat muka tak senonoh lepak dekat kerusi yang disediakan, sampai ada pak guard tegur jangan tidur dekat kerusi tu,kita orang memutuskan untuk sembahyang di masjid negeri. ALHAMDULILLAH.
sembahyang dah, main boling dah, karoeke dah, kini tibalah masanya untuk kita lepak di funfair kota keriangan dekat dengan kuantan. haha.
tujuan utama untuk datang kesana adalah untuk bermain orbiter yang macam hell.
amaran keras kepada sesiapa yang ada sakit jantung dan ibu mangandung anda dilarang untuk bermain dengan gergasi dari hell ini.
jebb dan zul buat muka seronok masa nak naik benda alah ni, dan apabila turun dari bermain benda ini, semua buat muka nak tahan muntah, berak, kencing dan sebagainya.
diaorang memang cari nahas bila mereka untuk memutuskan untuk naik kali kedua, dimana aku pun turut join naik benda alah ni . haha.
tiba-tiba ada keberanian untuk naik benda alah ini.
sungguh hebat perasaannya. setelah berkurun lamanya aku tak naik benda yang melawan hukum graviti dan hukum fizik . haha .
semua perasaan menjadi satu. jangan ceritalah muka masing-masing macammana bila dah turun .
yang tak boleh blah sekali muka zul yang bajek hebat mulanya, dan diakhiri dengan muka tahan muntah .
sumpah aku rasa macam nak gelak besar masa tengok muka masing-masing, tapi dikenangkan aku sendiri pun rasa nak termuntah, aku tahan sahaja perasaan tersebut.
dah puas main benda tu, kami memutuskan untuk pergi makan .dan itu merupakan aktiviti terakhir kami pada hari tersebut.
jam menunjukkan pukul 11 dan kini tibalah masuknya waktu untuk kita memulangkan kereta yang telah disewa. sampai sahaja di ump, kami agak terkejut apabila pada malam ini akan berlakunya satu perlumbaan kereta.
sungguh tidak senonoh buat perlumbaan ini dekat dengan u.
niat dihati ingat nak hantar jebb dengan zul dekat dengan rumah mereka, tetapi disebabkan ketidak yakinan jebb dekat aku untuk bawak kereta manual, dia memutuskan untuk hantar aku, dimana dia terpaksa berjalan kaki untuk pulang kerumah dia.
sungguh aku terharu pada masa itu. dan memang aku sayang kau lah jebb. I LOVE YOU lah jebb. haha.
setelah aktiviti memulang kereta dan saying goodbye pada mamat tercinta saya, jah pun pulang ke bilik dengan perasaan yang letih but yet, aku sangat gembira.
terima kasih anda semua kerana telah membuatkan hari aku indah.
kepada bella tersayang. adinda ingin meminta maaf kerana berjimba tanpa anda.
nanti kita pergi lepak lagi ye secara beramai-ramai. sepuluh jari memohon keampunan dari anda.
bubuye.


No comments:
Post a Comment