assalamualaikum .
kum ape kombat, bat ape, batman, man ape, man i just write i new post .
hehe . *muka troll
sedemikian kalinya, hari ini jah ingin menceritakan sedikit sebanyak kisah hidup aku, iaitu tentang cinta.
ada sesetengah manusia muka aku sangat tak sesuai untuk bercinta, kerana tidak dapat dinafikan bahawa aku sangat ganas.
ada sesetengah juga teringin melihat siapa yang bakal menjadi manusia yang bakal aku cintai.
cehh. ayat tak nak kalah. nak jiwang siot malam-malam buta.
hari ini aku ingin menceritakan tentang kisah cintas aku terhadap kawan aku sendiri.
memang tidak dinafikan bahawa setiap kali aku belajar dimana-mana, aku akan tersuka dangan kawan aku sendiri.
memang tidak dinafikan bahawa, rasa bercinta dengan kawan sendiri lagi pedih perasaannya daripada kita bercinta dengan orang yang baru kita kenal dan bercinta dengan orang tersebut.
ini kerana kau akan terdengar desas-desus dia suka dekat budak ni, dia usha budak ni, dia cerita tentang budak yang dia tengah usha dan perkara yang sama waktu dengannya.
kau akan jumpa dia setiap hari. bersamaan dengan waktu kelas.
dimana kau terpaksa mengadap dia walau macam mana pun.
dan aku sangat benci perasaan itu.
dengan adanya perasaan itu, aku tidak dapat nak fokus 110% semasa ada kat kelas.
aku telah cuba sedaya upaya untuk tidak suka dengan mana-mana lelaki, terutama budak kelas aku sendiri.
tetapi malangnya aku kalah dengan perasaan itu.
dan kadang-kadang aku rasa sangat loser bila aku tersuka dengan dia tu, sebab aku tahu bahawa antara aku dengan dia tidak akan pernah hubungan lebih dari kawan.
masa dekat matrik pun aku pernah tersuka dekat budak kelas aku sendiri.
even masa tu pun aku pernah bagi hint dekat mamat ni yang aku suka dekat dia.
aku tak tahulah kalau aku tersalah cara untuk usha orang, tapi aku sudah mencuba untuk usha budak tu.
dan malangnya, dia suka dekat yang flat. aku mengakui aku tak sehebat budak itu.
dan selepas aku ternampak si dia study sama-sama dengan budak flat tu masa nak final, hati aku berkecamuk dan aku move on.
masa aku bekerja sementara aku menunggu tawaran untuk sambung semula degree aku ni, aku tersuka dengan budak kerja sama dengan aku.
di seorang kawan yang baik. masa aku kerja kat sana, aku selalu lepak sama-sama sampai ayah aku hantar mesej orang dah nak azan subuh.
sumpah gelabah nak balik rumah time tu.
akhirnya aku sendiri terkantoi dengan dia sendiri aku suka kat dia.
kelakar sungguh. nasib baik aku pandai cover. dan sku move on.
dan, even sekarang aku pun pernah tersuka dengan budak kelas aku. jibek sungguh perasaan tu.
ya, aku mengakui bahawa azam aku untuk masuk U untuk tidak suka mana-mana lelaki.
ini disebabkan aku sudah penat untuk bertepuk sebelah tangan.
tapi malangnya, aku tak dapat nak kawal hati aku. gilaka lu.
tetapi selepas aku tahu dia telah suka budak lain, dan selepas aku tahu ada budak kelas aku yang suka juga dengan dia, aku telah cuba MOVE ON, dan ingin mencuba mencari sumber inspirasi yang baru.
dan aku rasa aku telah berada di fasa 2 dalam carta move on aku. haha.
bagi pendapat aku, jika ada diantara anda tengah tersuka dengan budak kelas kau sendiri, seboleh-bolehnya kau cubalah elak perasaan tersebut.
hal ini demikian perasaan itu sangat tidak bagus untuk tubuh badan anda sendiri.
aku rasa sampai disini sajalah coretan cinta aku yang tidak berapa nak cinta sangat ni .
doakan aku untuk tidak suka dekat dengan budak kelas aku lagi lepas ni.
doakan aku untuk fokus semasa belajar, instead dari usha dia dari belakang.
doakan aku jumpa lelaki yang baik. hehe.
doakan aku supaya aku menjadi lebih sopan.
doakan aku supaya aku tidak pukul orang sangat bila gelak.
doakan aku menjadi orang yang lebih baik.
amin.
bubuye.
No comments:
Post a Comment