Assalamualaikum dan salam sejahtera anda semua .
saya amat pasti bahawa anda semua rindu dengan saya punya hasil penulisan .
haha . kita gurau je .
tajuk tazkirah kita pada hari ini adalah ' SCORE A ' .
apa yang dapat kita definasikan dengan ' SCORE A ' .adakah ia berkaitan dengan result kita ?
tettttttttttttttt . jawapan anda semestinya salah .
apa yang aku nak ceritakan berkaitan dengan tajuk tazkirah kita pada hari ini adalah , ia merupakan suatu portal pendidikan yang diwar-warkan telah dilancarkan oleh 20 orang menteri di Malaysia .
dan ia dikatakan telah melahirkan ramai jutawan .dan ia dikatakan mungkin kau akan dapat keputusan yang cemerlang kalau kau menggunakan portal ini secara berterusan .
adakah anda pernah terdengar desas-desus tentang program ini ?
aku tidak pasti sama ada aku duduk dekat alam aku sendiri or what ?
tapi yang pastinya , sejak aku masuk UMP yang tercinta ini , aku rasakan pelajar disini ramai yang terlibat dengan program yang bullshit ini .
dan aku telah diseret untuk dengar benda mengarut ini dua kali . what a shame .
aku tahulah dengan menyertai program ini mungkin kau dapat duit , mungkin kau dapat langsaikan semua hutang PTPTN kau kan , mungkin kau akan jadi jutawan pada suatu hari nanti bila kau serius dalam menceburkan diri dalam benda alah yang mengarut ni kan , mungkin kau dapat bagi parents kau RM3000 sebulan kan , dan mungkin kau dapat tersenarai dalam orang yang terkaya dekat dunia ni kan .
tapi bagi aku , what the hell ! dengan menyertai program ini seperti kau menaruh harapan kepada sesuatu yang tak pasti .
ia seolah-olah kau tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang kau dapat .
aku bukan jenis manusia yang mudah berpuas hati dangan hasil bukan dari hasil titik peluh aku sendiri .
sebagai contohnya , kau kena dengar ayat-ayat manis dari abang yang nak sangat kau join benda alah ni kan, lepas tu kau kene ajak kawan kau lagi dua orang untuk dengar abang yang awesome ni bagi taklimat mende alah ni , lepas tu kawan kepada kawan kau kene ajak kene ajak lagi dua orang jumpa abang ni dan perkara seperti ini berlarutan sampai ke kecerah .
mungkin bagi sesetengah orang yang telah join bende alah ini akan cakap, kau tak payah buat kerja dohh , setiap kali ade orang join bawah kau ,income masuk . best giler . tak payah kerja payah ,tapi duit masuk .
apa kejadahnye awokk . macamana kita nak dapat duit kalau kita tak bekerja .
prinsip hutan mana yang kau guna .
tak pernah lagi aku jumpa .kalau macam tu ,ramailah orang dah kaya kalau macam ini .tapi, kenapa aku tengok berlambak je orang yang miskin kat negara kita .
asal kau tak promote kat orang macam mereka ? kau takut orang macam mereka ni tak mampu nak bayar duit pendaftaran kau yang mahal tu .
bukan tak boleh nak bayar ansur-ansur bila mereka semua dah kaya nanti .
*PUIHHH LAHH.
memanglah duit bukan segalanya . tapi semua benda memerlukan duit bukan .
bagi pendapat aku , kebanyakan yang menyertai program ini hanya untuk mengejar kekayaan semata-mata.
bukan kau yang menentukan kau kaya ke tidak pada masa akan datang . semuanya sudah tertulis .
ya. memang kita perlu berusaha untuk hidup senang , tapi kalau ALLAH tidaka perkenankan kita untuk kaya dengan sertai program ini , kita nak buat macam mana ?
rezeki ada kat mana-mana saja . hanya kita perlu berusaha .
bagi pendapat aku , agak tak sopan bila kau heret anak orang pergi tempat senyap ,lepas tu kau suruh kami join bende mengarut ni .
kalau lah benda ni terbukti 110% betul ,yakin , suci dan murni , kenapa tidak kau terus buat proposal, hantar kat JHEPA ,kau buat perasmian kat UMP macam 20 menteri kita telah ' lancarkan ' .
tidakkah lagi gempak macam tu ? tidak perlulah kau nak membazirkan air liur kau untuk cakap benda yang sama banyak kali.kan senang . typical malay people . suka buat kerja banyak kali .macam mana nak maju .
akhir kata dari aku , bawak bertaubatlah seret anak orang pergi tempat senyap hanya semata-mata nak dengar kata-kata clise kau yang tidak ada titik noktah.
kau kene ingat apa tujuan kita datang sini?
belajar bukan? menigkatkan taraf hidup keluarga kita pada masa akan datang bukan? menjadi contoh yang baik kepada adik-adik kita bukan ?
memanglah kita harus sentiasa pandang ke hadapan unutk maju , tapi buat masa sekarang ini , adalah lebih baik kau bagi komitmen yang sepenuhnya belajar .
kalau kau dah terlalu taksub dengan benda alah ni ,kau tidak dapat nak bagi komitmen yang sepenuhnya untuk belajar dan mungkin kau tak dapat banggakan kedua ibu bapa kau yang sedang duduk dirumah jika kau tak perform masa exam .
aku rasa setakat ini sajalah kata-kata pujangga aku .
bubuye .
No comments:
Post a Comment