18/05/2012

kawan dan keluarga .

mempunyai kawan dan keluarga merupakan satu perkara yang kita tidak dapat lari dalam dunia ini . kasih sayang diantara kawan dengan keluarga adalah sangat berbeza . mungkin semua orang tahu tentang itu . dan seharusnya , kasih sayang terhadap keluarga haruslah lebih banyak dari kasih sayang terhadap kawan , bukan .

kita tahu bahawa kasih keluarga dibawa sampai ke syurga , tapi kasih kawan dibawa kemana ? mungkin anda akan berasa bahawa post ini adalah mengarut . tapi anda perlu fikirkan sejenak , tanpa ada keluarga , mungkin kita tidak dapat hidup sampai sekarang ni . mungkin aku tidak akan berjaya seperti sekarang .






kawan . apa yang dapat kita definasikan . perkataan kawan itu sendiri mempunyai maksud yang tersendiri dalam diri masing-masing . perkara yang paling susah sekali dalam dunia ni bagi aku adalah mencari kawan . bukan senang kita boleh cari kawan yang boleh tahan perangai tak senonoh kita dan boleh berada disisi kita tak kira apa jenis keadaan .

kita bukan manusia yang sempurna yang boleh terima perangai seseorang itu , tanpa ada apa-apa perasaan buruk terhadapnya . tapi , bila kita bersama dengan keluarga , walaupun perangai anda seburuk mana pun , mereka terima dengan seadanya . cuba anda buat perangai annoying atau mengada depan kawan anda , memang komfom kawan-kawan anda akan mengumpat . serius tak tipu . kalau tak percaya try lah .






senario yang aku dapat lihat pada zaman sekarang ialah , aku tengok ramai kawan makan kawan . wah , anda memang sangat hebat kerana anda mampu membuatkan orang lain percaya dengan kata-kata anda . bagi aku  orang yang seperti ini , kita harus campakkan saja dalam loji kumbahan . seriously , silalah kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat .

aku sangat bersyukur kerana hidup aku ditemani oleh kawan-kawan yang sama otak dengan aku , orang yang boleh faham aku , orang yang boleh aku mengumpat bersama , mencarut bersama dan sebagainya  . seriously , thank you Allah . bukan senang untuk mendapat manusia seperti mereka .








thanks for being a good friends . I will always remember you all .





No comments:

Post a Comment