greetings people .
long time no see . yeahh right .
hidup dekat UMP seriously mampu membuatkan adrenalin aku mencapai tahap maksima , kesabaran aku senipis kulit bawang , rambutku mampu bertukar kepada putih , mataku menjadi seperti panda , muka berjerawat seperti popcorn dan berat badan semakin bertambah . serius perkara seperti ini membunuhku .
orang sekeliling beranggapan aku akan melihat aku seperti manusia yang tak ada kerja , asyik berjimba sana-sini . ya . itu adalah benar . memang aku suka jimba . so what ! aku berjimba untuk aku merehatkan kepala aku yang dah kusut masai . aku cuba mencari tenaga positif dari luar okay .
selepas aku menuntut belajar dan bertafakur di UMP ini , aku menyedari suatu benda , bahawa aku sangat memerlukan seseorang yang mampu menjadi pendengar cerita , kisah sedih dan gembira , orang yang boleh aku menangis . ya . saya seorang yang fragile . muka saje bajet tough , pukul orang sana-sini , tapi apa yang aku perlukan sekarang ini adalah manusia yang boleh sentiasa berada disisi aku terutama sekali pada musim nak final ni . haishh .
memang tidak dapat dinafikan aku dah jumpa orang yang mampu mendengar cerita aku . seseorang yang selalu mendengar cerita aku tak kira masa . seseorang yang mampu memberikan kata-kata peransang kepada aku . seseorang yang yang memberikan nasihat kepada aku . seseorang yang memhami masalah aku seperti dia berada ditempatku . dan disini apa yang mampu aku ucapkan adalah terima kasih copra . kau memang yang terbaik .
serius aku cakap , aku boleh maki orang bila-bila masa je ni , kalau ada orang buat tahi dengan aku . serius stress tahap gaban . sesungguhnya , hormon aku telah mengalami mutasi . even , ibu aku selalu cakap aku kena kawal perasaan marah aku kalau dengan orang ramai . ya , memang aku cuba . tapi , bila aku tak marah , orang mula buat macam tahi dengan aku dan bila kau start marah , orang akan ingat aku bergurau . seriously jangan cari pasal .
mungkin kecelaruan emosi yang aku sedang alami , mungkin hanya sebentar dan mungkin akan pulih semula apabila aku dah pulang rumah . mungkin . sesuatu yang tidak pasti . hanya satu yang aku minta , kepada semua , janganlah anda terasa dengan kata-kataku semenjak akhir-akhir semester 2 ini . memang aku seorang yang mulut lepas dan hanya akan menyesali dengan kata-kata sendiri apabila ada yang terluka . cess . ayat tak nak kalah .
akhir kata , goodluck everybody . marilah kita sahut cabaran untuk mendapat dekan pada semester ini . amin .

No comments:
Post a Comment